Monday, March 19, 2012

2nd Day @ Bandung




Awal pagi dah bangun sebab nak ke Tangkuban Perahu. Kalau dari hotel ke Tangkuban makan masa 30-45min. Bangun seawal jam 5.30am untuk kemas2 beg sebab nak terus check out. Selepas siap-siap sambil menonton Gosip Indonesia(pagi,petang,malam ada rancangan gosip mcm Melodi. hari-hari okay!!), terasa lapar sangat. Aku call receptionist bertanyakan kedudukan restoran sebab harga bilik ini termasuk sarapan. Macam mana la semalam boleh lupa nak tanya(semalam excited nak shopping). Rupa-rupanya di boleh hantar sarapan terus ke bilik. Menarik! aku order la nasi goreng. Sambil makan,sambil layan Gosip sementara tunggu Pak Supir. Nak kata sedap tu tak la. Tapi boleh la nak isi perut. Lupa pulak nak bagi tau, kalau korang keluar Malaysia beramai-ramai, seeloknya beli prepaid Negara tu. Macam kami, aku suruh Pak Supir tu belikan. Nanti nak call Pak Supir senang. Nak call member sesat lagi senang. Huhuhu...

Uols mesti tertanya-tanya Tangkuban Perahu tu apa kan.Tangkuban Perahu sebenarnya gunung berapi ketinggian setinggi 2.084 meter. Nama dia tangkuban perahu sebab bentuknya menyerupai kapal yang terbalik. Sebelum uols ke Tangkuban Perahu, seeloknya korang tau sejarah dia dulu. "Gunung Tangkuban Perahu yang dari kejauhan tampak seperti perahu terbalik, konon diakibatkan oleh kesaktian Sangkuriang yang gagal meyelesaikan tugasnya dalam membuat perahu dalam waktu semalam untuk menikahi Dayang Sumbi yang tak lain adalah ibu kandungnya sendiri. Sebab begitu kesalnya tidak dapat menyelesaikan pembuatan perahu tersebut, akhirnya Sangkuriang menendang perahu yang belum jadi tersebut. Legenda diataslah yang menjadi kaitan erat dalam penamaan gunung Tangkuban Perahu."

Dalam perjalanan ke Tangkuban tu, snap-snap dulu la. Bila sampai di Pintu masuk Tangkuban, kena bayar RP30,000 (lebih kurang RM11) seorang. Lepas bayar tu, dalam 10min untuk sampai ke puncak. Cuaca di Tangkuban sejuk. Seeloknya uols standby jacket. Dan ada bau belerang...



Kat atas tu ada byk penjaja. Ada jual sourviner, makanan, khidmat tunggang kuda. Tapi aku nasihatkan uols, kalau ada orang tempatan ikut uols, nak tolong ambil gambar ke, nak cerita sejarah Tangkuban ke, harap sangat korang abaikan. Sebab kalau uols dah layan dia, nanti dia akan keluarkan barang jualan dia dan paksa uols beli dengan harga yang agak mahal. Fikir-fikirkan lah..
Cantik kan?







 Dah penat berjalan cuci mata, aku pun ajak la Pak Supir bawak kami lunch sebab dah penat-penat ni lapar balik. Pak Supir bawak kami makan masakan minang di Restoran Simpang Raya (turun balik ke Bandung). Kalau uols nak tau Simpang raya ni la yang aku nak pegi masa 1st day di Bandung. Restoran ni betul2 di sebelah Dago Plaza, depan Utari Hotel (yang aku duduk semalam). Makanan dia sangat sedap. Style restoran ni, dia akan hidang semua lauk atas meja. Kalau uols nak senang, pilih la lauk yang betul2 nak makan je. yang tak nak sila letak tepi ye. Senang diorg nak kira lauk apa yang uols makan atau sentuh. Kalau uols datang sini , wajib rasa air avocado dia. Sangat2 sedap. kat bawah tu air avocado dan air durian belanda.


Da kenyang makan, kami ke Pasar Baru. Ni pun tempat wajib kalau nak shopping kain atau telekung. Banyak barang yang murah kat sini. Pak Tedi bawak kami g kedai kain lace ni. Memang sangat teruja bile tengok kain-kain ni. Kedai kain tu jugak sedia kan air botol dan mineral untuk pelangan. Dah beli kain, beli telekung pulak.. Ni di kedai lain la.



 Kami pusing-pusing Pasar Baru tu sampai penat baru ajak Pak Supir bawa kami ke Toko Tiga. Ini uols kena pegi jugak sebab banyak jeans branded dengan harga yang murah sikit la. tak ada la murah sangat2 kalau nk compare dengan KL. Kalau kat KL beli jeans RM150, kat sini dapat la RM120. Mungkin masa kami pergi tu tak berapa sales sangat kot. Walaupun macam tu, aku rembat 2helai jeans gak la. 


Hotel Nalendra

Broucher Hotel + Strawberry dari Tangkuban
Da abis tabur Rupiah, aku minta Pak Supir bawak kami ke Hotel di area Cihampelas, supaya esok pagi aku tak perlu khidmat Pak Supir. Jalan kaki je ke FO area Cihampelas. Pak Supir bawak kami ke agen hotel. Kami pilih Hotel Nalendra. Hotel ni sangat strategik sebab dekat dengan Jl Cihampelas dan 10min berjalan ke Jln Setiabudi. Jl Setiabudi ada Rumah Mode (tempat wajib labur Rupiah). Harga Hotel Nalendra lebih murah beli dengan agen kalau walk in di Hotel. Boleh refer website Hotel http://www.hotelnalendra-bandung.com/
View dari bilik
Bila dah dapat bilik yang selesa, kami berehat dulu. Penat seharian berjalan, dapat la tido sejam dua. Malam ni kami plan nak berjalan kaki ke Rumah Mode.Perjalanan ke sana, kami jumpa KFC. Makan KFC je la. Tak banyak beza pun dengan KFC Malaysia cuma ada set Nasi Putih sekali ayam. Kami makan biasa-biasa je. Nak menapak dari Hotel ke Rumah Mode tu 10min gak la..penat sangat2 tapi berbaloi bila melabur hampir 1Juta Rupiah. Nasib la Rupiah. Kalau tidak da bankrup. Dah shopping sampai kedai nak tutup baru la kami menapak balik ke Hotel. Esok pulak perjalanan kami tanpa Pak Supir.

8 comments:

  1. Menarik ni..utk rujukan kami nak g bln 5 nanti hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je akak.. Sila2 la buat rujukan ye...

      Delete
  2. kali pertama tau tangkuban perahu wktu tgk citer airasia kt tV :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Caliph? Tak perasan pulak ada segmen airasia X ke Bandung

      Delete
  3. Replies
    1. Memang best sangat p Bandung akak.. Sesuai untuk orang yang suka shopping ni..hehehe

      Delete
  4. wah kalau baca artikel ini sungguh menyenangkan, rasanya kepengin juga saya nih,oke terima kasih mbakyu infonya, monggo kunjgi kami di blog PENYULUH PERIKANAN, dan ditunggu folownya
    http://penyuluhpi.blogspot.com/
    terima kasih

    ReplyDelete