Wednesday, March 21, 2012

3rd Day @ Bandung


Hari ni kami bangun lewat sikit dari semalam. Macam biasa, kami breakfast dulu. Tak begitu banyak pilihan tapi kira ok la . Makan sambil dihidangkan dengan gosip-gosip liar Indonesia diTV. Orang Indonesia ni memang suka bergosip agaknya. Hahaha... 

   
Tanpa Pak Supir, kami plan nak berjalan-jalan naik angkutan dan taxi sahaja. Destinasi pertama kami ke area Chimpelas. Kalau jalan kaki 10minit jugak. Sebab kami malas, kami naik angkutan. Tambang tak sampai seringgit pun. Kalau di Area Chimpelas ni banyak jeans, beg, barangan kulit... Jangan terkejut,banyak jugak Superhero kat sini.
Angkuta





Ada jual senapang
Ada macam-macam beg
Aiskrim Durian



Setiap kedai kami masuk. Banyak Branded Jeans kat sini. Harga jeans dia pun lebih kurang di Toko Tiga. Baju pulak tak banyak pilihan.Tapi tetap rempat lagi 2 helai jeans dan beberapa helai baju di kedai yang berlainan. Siap dapat voucher lagi tu. Tapi yang tak bestnya, voucher tu boleh tukar di Kedai Wanted yang agak jauh dari area Chimpelas. Disebabkan total voucher tu aku dapat  hampir RM150, kami pun naik jugak la taxi ke Kedai Wanted. Kedai tu berhampiran Stesen Keretapi. Kalau naik taxi dari Chimpelas makan masa 5min. Penat jugak la mencari kedai Wanted ni. Siap tanya-tanya orang lagi baru jumpa, padahal senang je. Cuma kedai ni bagunan dia ke dalam, so kalau dari tepi memang tak nampak. Dekat luar Wanted tu ada stall orang jual kek brownies. Kami pun beli la kek Brand Amanda untuk di bawak pulang ke KL. Jam menunjukkan pukul 3pm. Dari pagi kami keluar, patut la terasa penat sangat. So kami tahan taxi, balik hotel dulu sebab nak simpan barang dan berehat.


Memang rehat tak ingat la masing-masing. Jam 5 baru kami siap-siap untuk keluar semula. Kami nak ke terjah Terminal Tas yang orang kata tempat wajib pergi tu.. Terminal Tas ni Area Riau. Situ pun ada FO tapi tak banyak la. (boleh refer entry sebelum ni untuk senarai FO). Kami minta hotel panggilan kan kami taxi. Bila taxi sampai, kami minta dia bawak kami ke Terminal Tas. Tapi entah mana dia nk bawak. Dia seakan-akan tidak setuju bila kami mahu ke Terminal Tas. Katanya situ biasa-biasa aja. Ada tempat yang lagi best, kasut dan beg di perbuat dari kulit.Cibaduyut tempat dia, tapi jauh la. Tak silap makan masa 1/2 jam. Malas la kami nak pergi sebab tiada dalam senarai kami. Kami bertegas hendak ke Jl Riau. Dia bawak kami ke Jl Riau, tapi macam ada agenda lain pulak. Sampai di FO yang pertama, dia minta kami masuk tengok2 barang dulu dan dia tunggu di dalam taxi. Katanya dia kan bawak kami ke setiap FO naik taxi,walhal boleh je jalan kaki, bukan jauh sangat pun dari satu FO ke satu FO. Bila da jadi macam tu, kami bertegas untuk bayar harga tambang dan akan panggil dia jika mahu pulang ke hotel. Sudahnya dia minta harga tambang yang tinggi, kononnya untuk tambang pergi dan balik. Malas nak bising-bising, kami pun bayar jugak la supaya dia tak ikut kam. Lepas tu masing-masing shopping dengan hati yang tak keruan. Bila da masuk ke dalam Terminal Tas, kata orang situ banyak Hand bag yang cantik. Tapi bila aku masuk, tak ada satu pun yang berkenan. Beg dia pun macam di uptown KL je. Dan abis cuci mata, kami rasa lapar sangat. Di luar Terminal Tas tu ada gerai makan. Nampak macam bersih, so kami pun makan la kat situ. Menu memang pelik tapi rasanya sedap la..




Lepas makan, kami shopping lagi. Malam ni nak abis kan Rupiah..Esok da nak balik KL. Dah tepat pukul 10pm, kami bergerak balik ke Hotel. Susah jugak nak cari taxi sebab kawasan tu da agak sunyi. Mujur ada satu taxi yang sedang menunggu, tapi yang pasti bukan taxi yang tipu kami tadi. Dia tu dah selamat tipu duit kami.. huhuhu.. Balik hotel, terus kemas beg dan tidur.. Esok nak bali Malaysia dah.

4 comments:

  1. teh botol tu mmg fames amos kan kat sana? sodap x rase dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..sangat famous.. Air wajib cuba tu..hehehe.. rasa dia macam teh kotak tu je tapi pahit sikit..

      Delete
  2. err, naper menu si papap ada tulis paket nakal? apa maksud menu tu? huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk! tak pasti apa maksud di sebalik. Tapi rasanya Paket nakal tu mcm nama pakej utk SET sebab Paket nakal tu ada Nasi Bakar Ayam dan air kelapa muda.

      Delete