Tuesday, March 27, 2012

Burger Kaw Kaw


Last weeken teringin nak rasa burger kaw kaw lepas terpengaruh tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Memula plan nak g dekat Wangsa Maju Sek 2, dekat sikit dengan rumah. Map seperti dibawah ni:-


Tapi mengenangkan kalau menunggu berjam2, lapar pulak. So aku ke cawangan dia di Food Court Dagang Avenue. Kat situ kalau lapar menunggu burger kaw kaw boleh makan kerang bakar dulu. Kalau tak nak kerang bakar, makan la lain. Jangan tiru pulak. Kat Food Court tu macam-macam ada. Map boleh tengok kat sini:


 Gerai dia bukak pukul 7.45mlm. Member aku sampai kul 7.30mlm. Masa tu dah ramai beratur. Aku sampai jam 8.05mlm, terus beratur. Boleh patah kaki ooo tunggu lama-lama. Bayangkan aku ni beratur cuma nak bagitau order burger apa dan meja no berapa pun menjangkau sejam lebih.



Lagi stress bila lagi 5 orang turn aku, mamat bangla yang ambil order tu dah jerit2 bagitau tinggal 45 patties lagi ye.. Rupanya sehari cuma 300 patties dia jual. Sampai turn aku dah pukul 9.30malam. Masa aku nak order, mamat Bangla tu suh aku tunggu sebab dia nak tanya setiap org yang beratur belakang aku ni nak order berapa banyak sebab tinggal 23 patties je lagi. Dia tak nak orang beratur lama-lama sekali sampai depan burger dah abis. Tak ke mengamuk orang nanti. Hahaha..



Pekerja dia tak ramai pun.. 5 orang untuk masak 300 burger? memang terbaek la.. Tu sebab la kena tunggu lama. Dah order dan bagi no meja, aku pun duduk la kat meja aku. Aku order yang ada set dan tambah baconizer. Set tu adalah burger + 3 cheezy sausage..Tunggu dia hantar kat meja. 20minit tunggu, alhamdulilah dapat jugak akhirnya.
Chicken burger Set
Menu dan harga dia tak clear.



Pendapat aku la, burger dia ni sedap la...

11 comments:

  1. macam mana nak makan tu..tingginye..hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pe.. kalau org yg sopan2 nak makan ni kena la gigit sikit2..

      Delete
    2. macsam saya lah tu..huhu~

      malu nak buka mulut luas..hehe :p

      Delete
    3. tu la... lagi bagus, tapau. balik rumah potong 4. hahaha.. tapi dah tunggu nk beli pun lama, mau kebulur nak tgg balik rumah pulak...

      Delete
  2. ehem2..bile nak belanje adik plak ni kak??hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan adik dah g makan dulu ke??Tak ajak akak pun

      Delete
  3. Fuhh, tinggi tol beger tuh.... Ramai yg review ttg beger ni yek, tp xde kesabaran Nk beratur lelama, haihh

    ReplyDelete
  4. kat ngan umah saye pun ade..branch gak..aritu dh nak beli, tp en hubby kate klau tunggu lama tak payah..so tak merasalah..huhu

    ReplyDelete
  5. 20 MINIT MENUNGGU..MMG BERBALOI...SY PERNAH BERBARIS NK AMBIK ORDER KT MARRYBROWN 1 JAM..THEN TUNGGU KT MEJA, PAS 20 MINIT BARU MAKANAN SMPAI...HUHU...NASIB BAIK KESABARAN ITU SENTIASA ADA..ALHAMDULILLAH

    FOLLOWER KE 81

    ReplyDelete
  6. Memang berbaloi ler kalau lama tunggu, tapi makanan tu sedap ;]

    ReplyDelete