Sunday, March 18, 2012

BANDUNG 


Sebenarnya trip ke Bandung ni pada 6 Mac - 9 Mac 2011. Tapi sebab kesuntukan masa, tahun ni baru dapat update. Kali ni ke Bandung tanpa booking mana-mana hotel. Selepas google hotel2 di Bandung, kami sepakat untuk mencari hotel di Dago area. 

 
Sebelum bertolak, kami telah booking khidmat Pak Supir untuk ambil kami di airport Bandung & jalan2. Ala, kalau dari Malaysia nak call no Indonesia bukan luak banyak pun. Tak silap masa tu abis kurang dari RM1.00. Bukan cakap lama pun. Yang ini no Pak Tedi (Supir) 00628156631682 atau pun Pak Dedi (Supir) 00622261041958. Mereka ni sangat ramah. Macam biasa la kalau ke luar Malaysia, mata wang dia berbeza dan kita akan jadi keliru sangat2. Jadi aku selaku Ketua program (ketua la sangat) telah mengediakan jadual Matawang Rupiah -> RM. Aku nasihatkan uols buat la juga bila nak shopping di luar Malaysia supaya senang nak tawar menawar. Takde la masa tu terhegeh-hegeh baru nak keluar kalkulator dengan tangan penuh dengan barang shopping. Kan ke susah. Pastu jangan lupa tukar duit Rupiah banyak2, baru best nk shopping nanti. Macam aku, aku cuma tukar RM1k je untuk hotel, makan, transport & shopping...

Tapi sebelum pergi Bandung, korang kena plan la mana nak pegi kan. Dan yang paling penting, korang kena tau dimana kedudukan Factory Outlet(FO) yang nak pergi. Kat sini aku senaraikan FO yang terdapat di Bandung.
AROUND SETIABUDI AREA
Rumah Mode - Jalan Setiabudhi 41 F
Rumah Mode Plus - sebelah rumah mode
Lafayette- Jl Setiabudi sebelah Hoka-Hoka Bento
Zenith - Jl Setiabudi 64
Phantasia Barby Gallery - Jl Sersan Bajuri100
FO Store - Jl Setiabudi 73
Natural FO - Jl Setiabudi 43
Linoleum - Jl Sariasih 21
Fiore - Jl Setiabudi 56
Distro House - Jl Setiabudi 41F Lt 2


AROUND CIHAMPELAS AREA
Warung Gaul Factor Outlet - Jl Cihampelas 151
Army Look - Jl Cihampelas 135
Galleria - Jl Cihampelas
Kelom Geulis Keng - Jl Cihampelas 205
Parijs Van Java Boutiqe Outlet - Jl Cihampelas
Korek Api Jeans - Jl Cihampelas 168
Fiberbolt, Jl Cihampelas Walk
and many Jeans / Fashion store with competitive prices


AROUND DAGO AREA
Happening - Jl Ir H Juanda 14
Up Town - Jl Ir H Juanda 123
Glamour - Jl Ir H Juanda 108
Blossom - Jl Ir H Juanda 112
Flashy - Jl Dipati Ukur 1
Episode - Jl Ir H Juanda 125 022-2501515
Raffles City - Jl Ir H Juanda 106 022-2502139
Victoria - Jl Ir H Juanda 111 022-2516868
Grande - Jl Ir H Juanda 118
Jetset - Jl Ir H Juanda 116
Level - Jl Ir H Juanda 138
Arena Experience - Jl Ir H Juanda 207
Donatello - Jl Ir H Juanda 104 022-2501167
MM Dago The Nice Shop - Jl Ir H Juanda 81-83
Solution Boutique Outlet - Jl Ir H Juanda 91
Seximo - Jl Ir H Juanda 106
Rich & Famous - Jl. Ir H Juanda
Justine Shoes and Bags - Jalan Ir.Djuanda
DSE - Jl Diponegoro 2


AROUND RIAU AREA
The Secret - Jl Laksmana L RE Martadinata 47
Stamp - Jl Laksmana L RE Martadinata -simpang Banda
Heritage - Jl Laksmana L RE Martadinata
The Summit - Jl Laksmana L RE Martadinata 61
Branded Club - Jl Laksmana L RE Martadinata 55
Terminal Tas - Jl Laksmana L RE Martadinata 32
For Men - Jl Laksmana L RE Martadinata 36
Riau Stock Mall - Jl Laksmana L RE Martadinata 160
Osso Boutique Outlet - Jl Laksmana L RE Martadinata 34
Clover - Jl Laksmana L RE Martadinata 107
Solution Boutique Outlet - Jl Laksmana L RE Martadinata
Renaritti - Jl Laksmana L RE Martadinata 26
China Emporium - Jl Laksmana L RE Martadinata
Oasis - Jl Laksmana L RE Martadinata 57
18th Park - Jl Laksmana L RE Martadinata

LAIN2
Herreds - Jl Aceh 64
M & M Sabang - Jalan Sabang
Carvieno - Jl Soka
Bale Anak - Jl. Sumatra
Anakecil - Belakangnya gedung sate
Anakku – Berdekatan Hotel Unik & Hotel Mutiara
Cargo - Jl P Diponegoro 30
EST Gallery - Jl Sumatra 24-30
Air Plane - Jl Aceh 44
Big Price Cut - JL Aceh 66
Merdeka Arcade - Jl Merdeka 35 depan BIP
Banda Boutique Outlet - Jl Banda 25
Rockmen - Jl Purnawarman 51
Cosmic, Jl Trunojoyo No. 23
Black Jack, Jl Trunojoyo No. 19
Arella Big Size
Fabulos (original JERSI)
Toko Tiga (original JEANS)


1st day di Bandung




 Sampai je di airport, Pak Tedi dah tunggu. Tak perlu aku nak cari2 lagi. Aku pun tak kenal Pak Tedi ni, tapi bila dia pegang kertas tertera nama aku, kira betul la tu kot. hahaha. Kami sampai sana lebih kurang 4:35 PM. Terus minta Pak Tedi bawak kami ke Hotel Utari, Jl Ir H Juanda. Kami plan nak duduk hotel yang murah2 je.Kenapa kami memilih hotel di Dago area/Jl. Ir. H. Juanda? Sebab.... hotel ni dekat dengan FO yang best. dan yang paling banyak. Jalan kaki je,tepi2 jalan tu semua FO. Detail pasal Hotel Utari ni:-
Adrress:
Utari Hotel
Jl. Ir. H. Juanda No. 50
Telp./Fax. 022-4206810

Rates:
Standard Room - Rp. 340.000 (36USD)
Including Breakfast and Tax
Airconditioned Room


Hotel kami betul2 di depan Dago Plaza. Malam2 ada life band terbuka. Bila nak tido malam memang dengar la bising2 tapi kalau dah penat, tak dengar da semua tu.



Ni dalam FO Blossom
Bagi aku, hotel ini ok la. Tapi kami hanya check in untuk semalam. Esoknya, kami plan nak duduk di hotel lain, area FO lain pula. Pak Tedi meninggalkan kami dan berjanji akan jemput kami esok pagi jam 7am untuk ke Tangkuban Perahu (tempat wajib pergi ni). Lepas check in, kami letak beg, terus ke Fo berdekatan. Memang gila sekejap sebab banyak baju branded kat FO area Dago ni. Bayangkan, malam tu saja kami da abis masuk semua FO di Dago area.
Kedai kasut brand Donatello. Banyak kasut menarik kat sini
Dah penat berjalan sampai FO nak tutup, baru terasa lapar. Ingat kan nak makan di Simpang Raya (restoran wajib Bandung), rupanya dia tutup jam 6pm kot (tak ingat la). So kami terpaksa la menapak ke Pizza Hut. Bukan jauh pun, sebelah hotel tu je. Tapi tak sia-sia kami makan di Pizza Hut Bandung sebab menu dia banyak berbeza dengan Malaysia. Macam-macam jenis, macam-macam bentuk..So kami pun cuba la. Ternyata enak bangat ya..

Milk shake Chocolate
Sunrise Italian Soda









Total =113,000Rupiah lebih kurang RM39. Harga lebih kurang Malaysia je la kan. Bila perut dah kenyang, kami balik bilik dan tidur. Esok kena bangun awal pagi.


Westerns Cafe, Taman Bukit Cheras

Semalam aku teman kawan aku melawat adik dia di Cheras. Entah macam mana, kawan aku terpk nak ke Restoran Westerns Cafe. Tyme tu jugak aku google cari alamat dia. Dua tiga kali pusing baru la jumpa kedai ni. Kedai ni tepi jalan je. Tapi parking agak susah sikit. Kalau uols tengok dekat signboard tu ada plak Jalan-jalan Cari Makan kan. Memang pun. Kedai ni penah masuk TV. Tapi tak pasti tahun bila.

Sangat ramai org kat situ. Mujur masa kami sampai ada meja kosong. Baru je order, tak sampai 10min dah dapat makanan. Cepat betul service dia. Apa yang kami order? Tengok kat bawah ni..

                                   Teh O Laici Ais                                  Teh Cam

                                   Lamb Chop RM11.90                   Chicken Chop RM9.90


                                                       Mushroom soup, serve with bun

Apa yang aku boleh cakap kat sini, kedai ni memang best. Setengah kedai kalau serve cepat, buat pun cincai kan? Tapi makanan kat sini memang cukup rasa. Aku paling suka gravy Lamp Chop dan bun. Bun tu nampak macam biasa, tapi sebenarnya sangat special. Bun tu di serve panas-panas. Bila makan, isi dalam tu sangat lembut. Mushroom sup dia pun tak mengecewakan. Yang pasti, aku nk repeat makan kat sini...hehehe.

Kalau uols rasa nak cuba, sila gps alamat dia supaya tak sesat mcm kami.hahaha
Westerns Cafe, 
Taman Bukit Cheras 1,
Jalan 15/144A,
Taman Bukit Cheras,
56000 Kuala Lumpur

Saturday, July 9, 2011

4th Day at Bangkok
Rasa masa cepat betul berlalu. Hari ni last jalan2 kat Bangkok. Kali ni kami ambil tour guide. Tak ingat da kena byr berapa. Package ni mmg ada kat hotel tu. Bole tanya je kat kaunter depan receptionist.
 Pagi ni tour guide tu bawak kami ke The Grand Palace, salah satu tempat sejarah di Bangkok. Dibuka setiap hari 930am - 400pm. Tiket masuk 350baht. Kalu nak masuk, kena berpakaian sopan. Tak bole pakai seluar pendek, skirt atau baju takde lengan.
Dulu tempat ini adalah pusat pemerintahan dan kediaman Raja. Sekarang Raja tak duduk kat sini da. Tempat ni di buka sebagai ala2 museum. Dalam kawasan ni, hampir semua disalut emas. Gambar-gambar dibwh adalah disekitar kawasan situ.




Ada satu kuil di tengah2 kawasan ni. Kalu nk masuk kuil tu, tak bole berdiri dan ambil gamba kt dlm kuil.Ada org jaga kat situ dan ada batas dari mana kena start duduk. Kat dalam tengah2 tu ada satu patung buddha yang sangat besar. Patung tu dipakaikan baju mengikut musim(gamba yang diambil dari luar kuil seperti dibawah). Tapi dalam gambar tu tak berapa jelas. Kalau musim sejuk, baju mcm ala2 jaket tebal tu. Yang pasti semua pun dari emas. Keliling kuil tu penuh dengan kaca-kaca warna warni dan hiasan patung2 kecil.

 Lepas penat pusing2 dalam tu, kami kuar tunggu van yang bawak kami tadi. Tetiba ternmpk la basikal byk sgt kat kawasan tu. Rupa-rupanya basikal tu free, sesiapa nak pakai pun bole. Tapi lepas guna, simpan tempat dia balik. Kata tour guide tu, diorang de system yang boleh detect basikal tu kat mana kalu ada yang tak simpan balik lepas guna. Bagus betul la. Kalau buat kat Malaysia ni, abis da kena jual kat besi buruk. Tak merasa le nak pakai free ni.

 Bile van da sampai, kami dibawa ke tepi sungai. Kami naik sampan menyusuri sungai. Nak nek pun kena byr. Tak ingat berapa tapi murah je la.. Dari atas sampan tu nanti bole nmpk kiri kanan ada rumah2. Rumah atas air.Even kuil pun atas air. Kalau diorg nk ke rumah jiran2 or kuil pun kena nek sampan. Mmg unik tgk keadaan kat situ. Tengok sendiri la...

Da abis tu, kami balik hotel. Lunch kat Restoran Annur. Makan simple2 je sbb nak check out dan berkejar ke airport pulak.
Kat bawah(kiri) tu beg kami. Sampai Bangkok kosong je, dah nak balik beg masing berat mcm isi batu. huhuhu. Gud bye Bangkok. Nanti nak datang lagi.. tak puas shopping. Yang gambar kanan tu aku amek kat airport. Tu gambar wajib sesiapa yang datang ke airport bangkok.
 Yang kat bawah ni plak souvenir yang aku sempat ambil gambar. Banyak beli Thai Silk bagi family.
 ~SEKIAN~