Tuesday, March 27, 2012

Burger Kaw Kaw


Last weeken teringin nak rasa burger kaw kaw lepas terpengaruh tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Memula plan nak g dekat Wangsa Maju Sek 2, dekat sikit dengan rumah. Map seperti dibawah ni:-


Tapi mengenangkan kalau menunggu berjam2, lapar pulak. So aku ke cawangan dia di Food Court Dagang Avenue. Kat situ kalau lapar menunggu burger kaw kaw boleh makan kerang bakar dulu. Kalau tak nak kerang bakar, makan la lain. Jangan tiru pulak. Kat Food Court tu macam-macam ada. Map boleh tengok kat sini:


 Gerai dia bukak pukul 7.45mlm. Member aku sampai kul 7.30mlm. Masa tu dah ramai beratur. Aku sampai jam 8.05mlm, terus beratur. Boleh patah kaki ooo tunggu lama-lama. Bayangkan aku ni beratur cuma nak bagitau order burger apa dan meja no berapa pun menjangkau sejam lebih.



Lagi stress bila lagi 5 orang turn aku, mamat bangla yang ambil order tu dah jerit2 bagitau tinggal 45 patties lagi ye.. Rupanya sehari cuma 300 patties dia jual. Sampai turn aku dah pukul 9.30malam. Masa aku nak order, mamat Bangla tu suh aku tunggu sebab dia nak tanya setiap org yang beratur belakang aku ni nak order berapa banyak sebab tinggal 23 patties je lagi. Dia tak nak orang beratur lama-lama sekali sampai depan burger dah abis. Tak ke mengamuk orang nanti. Hahaha..



Pekerja dia tak ramai pun.. 5 orang untuk masak 300 burger? memang terbaek la.. Tu sebab la kena tunggu lama. Dah order dan bagi no meja, aku pun duduk la kat meja aku. Aku order yang ada set dan tambah baconizer. Set tu adalah burger + 3 cheezy sausage..Tunggu dia hantar kat meja. 20minit tunggu, alhamdulilah dapat jugak akhirnya.
Chicken burger Set
Menu dan harga dia tak clear.



Pendapat aku la, burger dia ni sedap la...

Thursday, March 22, 2012

4th Day @ Bandung

Hari last ni, kami panggil pak supir, malas nak naik taxi sebab fobia kena tipu semalam. Pak Teddy tak dapat jemput kami, so Pak Dedi ganti. Sebelum ke airport, kami sempat la beli Biskut oreo ni. Takde kat Malaysia OK. Kebetulan depan hotel kami ada kedai runcit. Macam-macam la kami borong untuk abiskan rupiah. Tapi jangan abiskan sampai lupa nak simpan untuk bayar Airport tax. Kalau korang booking Air asia, mesti uols persn, pegi ada cas airport tax tapi balik takde. Hah, tu sebabnya uols kena byr terus di kaunter sana. Tak ingat la berapa tapi kurang dari 100ribu rupiah la.. Better sediakan 100ribu rupiah, biar lebih tak apa. 




Bila otw ke airport, Pak Dedi tu bagitau tips. Kalau nak naik taxi, better tahan taxi Blue bird, yang warna biru putih. Kalau suruh receptionist Hotel tu pun kadang-kadang dia kan panggil rakan dia yang bukan bawak taxi Bluebird. Itu yang kena tipu. Bluebird guna kereta buatan Malaysia  ok! Dan taxi ni sentiasa guna meter. 
Sampai airport, check in beg, bayar tax, ingat boleh masuk da sekali delay hampir sejam. Airport dia yang kecik, so takde nak pusing mana-mana pun. Bila dapat naik flight, ni la masa untuk beradu. Penat berjalan 3hari  tapi puas hati.




Sampai LCCT, kami terus bayar parking. Kami memang selalu parking di LCCT, senang nak angkut beg yang banyak ni. Selalu nya kalau parking kurang 4 hari, harga lebih kurang RM120-130. 
Rate dia kalau untuk 24jam RM40.50. Dan sejam berikut nya RM2.50.

Untuk trip kali ini memang seronok. Rasa nak repeat ke Bandung.

Wednesday, March 21, 2012

3rd Day @ Bandung


Hari ni kami bangun lewat sikit dari semalam. Macam biasa, kami breakfast dulu. Tak begitu banyak pilihan tapi kira ok la . Makan sambil dihidangkan dengan gosip-gosip liar Indonesia diTV. Orang Indonesia ni memang suka bergosip agaknya. Hahaha... 

   
Tanpa Pak Supir, kami plan nak berjalan-jalan naik angkutan dan taxi sahaja. Destinasi pertama kami ke area Chimpelas. Kalau jalan kaki 10minit jugak. Sebab kami malas, kami naik angkutan. Tambang tak sampai seringgit pun. Kalau di Area Chimpelas ni banyak jeans, beg, barangan kulit... Jangan terkejut,banyak jugak Superhero kat sini.
Angkuta





Ada jual senapang
Ada macam-macam beg
Aiskrim Durian



Setiap kedai kami masuk. Banyak Branded Jeans kat sini. Harga jeans dia pun lebih kurang di Toko Tiga. Baju pulak tak banyak pilihan.Tapi tetap rempat lagi 2 helai jeans dan beberapa helai baju di kedai yang berlainan. Siap dapat voucher lagi tu. Tapi yang tak bestnya, voucher tu boleh tukar di Kedai Wanted yang agak jauh dari area Chimpelas. Disebabkan total voucher tu aku dapat  hampir RM150, kami pun naik jugak la taxi ke Kedai Wanted. Kedai tu berhampiran Stesen Keretapi. Kalau naik taxi dari Chimpelas makan masa 5min. Penat jugak la mencari kedai Wanted ni. Siap tanya-tanya orang lagi baru jumpa, padahal senang je. Cuma kedai ni bagunan dia ke dalam, so kalau dari tepi memang tak nampak. Dekat luar Wanted tu ada stall orang jual kek brownies. Kami pun beli la kek Brand Amanda untuk di bawak pulang ke KL. Jam menunjukkan pukul 3pm. Dari pagi kami keluar, patut la terasa penat sangat. So kami tahan taxi, balik hotel dulu sebab nak simpan barang dan berehat.


Memang rehat tak ingat la masing-masing. Jam 5 baru kami siap-siap untuk keluar semula. Kami nak ke terjah Terminal Tas yang orang kata tempat wajib pergi tu.. Terminal Tas ni Area Riau. Situ pun ada FO tapi tak banyak la. (boleh refer entry sebelum ni untuk senarai FO). Kami minta hotel panggilan kan kami taxi. Bila taxi sampai, kami minta dia bawak kami ke Terminal Tas. Tapi entah mana dia nk bawak. Dia seakan-akan tidak setuju bila kami mahu ke Terminal Tas. Katanya situ biasa-biasa aja. Ada tempat yang lagi best, kasut dan beg di perbuat dari kulit.Cibaduyut tempat dia, tapi jauh la. Tak silap makan masa 1/2 jam. Malas la kami nak pergi sebab tiada dalam senarai kami. Kami bertegas hendak ke Jl Riau. Dia bawak kami ke Jl Riau, tapi macam ada agenda lain pulak. Sampai di FO yang pertama, dia minta kami masuk tengok2 barang dulu dan dia tunggu di dalam taxi. Katanya dia kan bawak kami ke setiap FO naik taxi,walhal boleh je jalan kaki, bukan jauh sangat pun dari satu FO ke satu FO. Bila da jadi macam tu, kami bertegas untuk bayar harga tambang dan akan panggil dia jika mahu pulang ke hotel. Sudahnya dia minta harga tambang yang tinggi, kononnya untuk tambang pergi dan balik. Malas nak bising-bising, kami pun bayar jugak la supaya dia tak ikut kam. Lepas tu masing-masing shopping dengan hati yang tak keruan. Bila da masuk ke dalam Terminal Tas, kata orang situ banyak Hand bag yang cantik. Tapi bila aku masuk, tak ada satu pun yang berkenan. Beg dia pun macam di uptown KL je. Dan abis cuci mata, kami rasa lapar sangat. Di luar Terminal Tas tu ada gerai makan. Nampak macam bersih, so kami pun makan la kat situ. Menu memang pelik tapi rasanya sedap la..




Lepas makan, kami shopping lagi. Malam ni nak abis kan Rupiah..Esok da nak balik KL. Dah tepat pukul 10pm, kami bergerak balik ke Hotel. Susah jugak nak cari taxi sebab kawasan tu da agak sunyi. Mujur ada satu taxi yang sedang menunggu, tapi yang pasti bukan taxi yang tipu kami tadi. Dia tu dah selamat tipu duit kami.. huhuhu.. Balik hotel, terus kemas beg dan tidur.. Esok nak bali Malaysia dah.

Monday, March 19, 2012

2nd Day @ Bandung




Awal pagi dah bangun sebab nak ke Tangkuban Perahu. Kalau dari hotel ke Tangkuban makan masa 30-45min. Bangun seawal jam 5.30am untuk kemas2 beg sebab nak terus check out. Selepas siap-siap sambil menonton Gosip Indonesia(pagi,petang,malam ada rancangan gosip mcm Melodi. hari-hari okay!!), terasa lapar sangat. Aku call receptionist bertanyakan kedudukan restoran sebab harga bilik ini termasuk sarapan. Macam mana la semalam boleh lupa nak tanya(semalam excited nak shopping). Rupa-rupanya di boleh hantar sarapan terus ke bilik. Menarik! aku order la nasi goreng. Sambil makan,sambil layan Gosip sementara tunggu Pak Supir. Nak kata sedap tu tak la. Tapi boleh la nak isi perut. Lupa pulak nak bagi tau, kalau korang keluar Malaysia beramai-ramai, seeloknya beli prepaid Negara tu. Macam kami, aku suruh Pak Supir tu belikan. Nanti nak call Pak Supir senang. Nak call member sesat lagi senang. Huhuhu...

Uols mesti tertanya-tanya Tangkuban Perahu tu apa kan.Tangkuban Perahu sebenarnya gunung berapi ketinggian setinggi 2.084 meter. Nama dia tangkuban perahu sebab bentuknya menyerupai kapal yang terbalik. Sebelum uols ke Tangkuban Perahu, seeloknya korang tau sejarah dia dulu. "Gunung Tangkuban Perahu yang dari kejauhan tampak seperti perahu terbalik, konon diakibatkan oleh kesaktian Sangkuriang yang gagal meyelesaikan tugasnya dalam membuat perahu dalam waktu semalam untuk menikahi Dayang Sumbi yang tak lain adalah ibu kandungnya sendiri. Sebab begitu kesalnya tidak dapat menyelesaikan pembuatan perahu tersebut, akhirnya Sangkuriang menendang perahu yang belum jadi tersebut. Legenda diataslah yang menjadi kaitan erat dalam penamaan gunung Tangkuban Perahu."

Dalam perjalanan ke Tangkuban tu, snap-snap dulu la. Bila sampai di Pintu masuk Tangkuban, kena bayar RP30,000 (lebih kurang RM11) seorang. Lepas bayar tu, dalam 10min untuk sampai ke puncak. Cuaca di Tangkuban sejuk. Seeloknya uols standby jacket. Dan ada bau belerang...



Kat atas tu ada byk penjaja. Ada jual sourviner, makanan, khidmat tunggang kuda. Tapi aku nasihatkan uols, kalau ada orang tempatan ikut uols, nak tolong ambil gambar ke, nak cerita sejarah Tangkuban ke, harap sangat korang abaikan. Sebab kalau uols dah layan dia, nanti dia akan keluarkan barang jualan dia dan paksa uols beli dengan harga yang agak mahal. Fikir-fikirkan lah..
Cantik kan?







 Dah penat berjalan cuci mata, aku pun ajak la Pak Supir bawak kami lunch sebab dah penat-penat ni lapar balik. Pak Supir bawak kami makan masakan minang di Restoran Simpang Raya (turun balik ke Bandung). Kalau uols nak tau Simpang raya ni la yang aku nak pegi masa 1st day di Bandung. Restoran ni betul2 di sebelah Dago Plaza, depan Utari Hotel (yang aku duduk semalam). Makanan dia sangat sedap. Style restoran ni, dia akan hidang semua lauk atas meja. Kalau uols nak senang, pilih la lauk yang betul2 nak makan je. yang tak nak sila letak tepi ye. Senang diorg nak kira lauk apa yang uols makan atau sentuh. Kalau uols datang sini , wajib rasa air avocado dia. Sangat2 sedap. kat bawah tu air avocado dan air durian belanda.


Da kenyang makan, kami ke Pasar Baru. Ni pun tempat wajib kalau nak shopping kain atau telekung. Banyak barang yang murah kat sini. Pak Tedi bawak kami g kedai kain lace ni. Memang sangat teruja bile tengok kain-kain ni. Kedai kain tu jugak sedia kan air botol dan mineral untuk pelangan. Dah beli kain, beli telekung pulak.. Ni di kedai lain la.



 Kami pusing-pusing Pasar Baru tu sampai penat baru ajak Pak Supir bawa kami ke Toko Tiga. Ini uols kena pegi jugak sebab banyak jeans branded dengan harga yang murah sikit la. tak ada la murah sangat2 kalau nk compare dengan KL. Kalau kat KL beli jeans RM150, kat sini dapat la RM120. Mungkin masa kami pergi tu tak berapa sales sangat kot. Walaupun macam tu, aku rembat 2helai jeans gak la. 


Hotel Nalendra

Broucher Hotel + Strawberry dari Tangkuban
Da abis tabur Rupiah, aku minta Pak Supir bawak kami ke Hotel di area Cihampelas, supaya esok pagi aku tak perlu khidmat Pak Supir. Jalan kaki je ke FO area Cihampelas. Pak Supir bawak kami ke agen hotel. Kami pilih Hotel Nalendra. Hotel ni sangat strategik sebab dekat dengan Jl Cihampelas dan 10min berjalan ke Jln Setiabudi. Jl Setiabudi ada Rumah Mode (tempat wajib labur Rupiah). Harga Hotel Nalendra lebih murah beli dengan agen kalau walk in di Hotel. Boleh refer website Hotel http://www.hotelnalendra-bandung.com/
View dari bilik
Bila dah dapat bilik yang selesa, kami berehat dulu. Penat seharian berjalan, dapat la tido sejam dua. Malam ni kami plan nak berjalan kaki ke Rumah Mode.Perjalanan ke sana, kami jumpa KFC. Makan KFC je la. Tak banyak beza pun dengan KFC Malaysia cuma ada set Nasi Putih sekali ayam. Kami makan biasa-biasa je. Nak menapak dari Hotel ke Rumah Mode tu 10min gak la..penat sangat2 tapi berbaloi bila melabur hampir 1Juta Rupiah. Nasib la Rupiah. Kalau tidak da bankrup. Dah shopping sampai kedai nak tutup baru la kami menapak balik ke Hotel. Esok pulak perjalanan kami tanpa Pak Supir.